Tuesday, January 3, 2012

campak si azam ke bumbung

alhamdulilah. tiba sudah di batu pahat. meneruskan cita-cita yang aku angan-angan kan dari darjah satu. jadi cikgu. 

azam 2012? tak banyak.

satu: belajar elok-elok. foundation main-main. ni dapat sambung degree dah bersyukur sangat-sangat. untung lah lulus. 

dua: rajinkan diri telefon mak ayah selalu. sebab tadi terdengar kat radio ada ustaz kata, biarlah kita yang menelefon orang tua kita walaupun sesibuk mana pun kehidupan yang kita lalui, jangan sampai orang tua kita yang bersungguh menelefon kita kerana rindu. bukan apa, takut boleh menjurus ke arah menjadi anak derhaka. you know, like mr. tanggang. nak-nak bila sekarang ni keadaan ibu pun tak berapa baik tak sihat. bila pandang semula masa  yang lepas, jarang benar aku nak telefon ibu ayah. bila duit poket dah sesak baru nak contact. tu pun sekadar mesej je.  jahat do aku.. ini lah kalau orang yang jenis sayang tapi tak pandai nak tunjuk rasa sayang. susah. aku nak berubah. tolong doa kan mak aku cepat sembuh ye, sahabat?  :)

k lah. selamat tahun baru. :)

No comments: