Wednesday, February 29, 2012

sepoi bahasa



kita insan berbeza, 
kau, aku nyata takkan berkongsi kepala yang sama
jiwa yang sama
pendapat yang sama
tapi kalau bertuah mungkin kita miliki cinta yang sama *ehem


kita bukan alien
bercakap guna bahasa sama tanpa emosi
kita bukan robot
dek aturan programmer baru bisa bergerak ke sana ke mari
kita manusia biasa
tiap hari bertarung dengan cabaran duniawi


berhenti lah.
aku cuba sedaya upaya memahami. 
diam aku bukan kerana benci.
tapi kerana aku tak mahu membenci.
kata orang makin banyak bicara makin banyak masalah menanti.


biarkan aku terus membisu.
layu dan kelam dalam dunia egois ku.
















No comments: